Khamis, 21 Oktober 2010

PROJEK CENDAWAN

Hampir 2 tahun meninggalkan aktiviti cendawan namun minat terhadap tanaman ini masih kuat.

Isnin, 7 Julai 2008

RUMAH CENDAWAN

HUJUNG
minggu lepas saya telah pulang kekampung untuk melihat perkembangan bungkah cendawan fasa 2 yang telah dibeli pada 3 minggu yang lepas. Dari permerhatian masih belum ada tanda-tanda kulat hijau menyerang mudah-mudahan tidak adalah coz bungkah fasa 1 dahulu ada yang telah diserang kulat hijau. Hasil keluaran dari apa yang dimaklumkan oleh kakak amat menggalakkan terutama musim hujan dua minggu lepas. Pemintaan tak cukup coz bungkah yang ada tidak banyak harapkan fasa kedua dapat menampung pemintaan.

Rumah peram yang hanya mampu menampung 3000 bungkah cendawan.
Cadangan untuk membina sebuah lagi (25' x 40') masih dalam proses perancangan.

Sebahagian bungkah yang telah matang dan separuh matang didalam rumah peram.

Ini adalah sebahagian bungkah fasa 1 saya yang telah diserang kulat hijau kepada sesiapa yang pernah mengalami masalah ini dan mempunyai cara untuk mengatasinya dan sudi berkongsi amat saya hargai.

Ahad, 15 Jun 2008

HASIL CENDAWAN




Sudah lama tidak up date blog kerana projek yang dicadangkan sebelum ini masih di tidak dapat dijalankan. Namun begitu rumah peram yang lebih kecil untuk 3000 bungkah telah siap dibina dan telah mula menghasilkan cendawan. Gambar rumah peram tersebut akan saya letakkan didalam blog ini. Berikut adalah sebahagian gambar hasil kutipan cendawan.

Isnin, 7 Januari 2008

CADANGAN RUMAH CENDAWAN BARU

Minggu lepas saya balik ke kampung di Kuala Pilah, cadangan untuk membina rumah cendawan dibelakang rumah tu memang dah ada sejak mengikuti kursus cendawan di RASE. Bila berbincang bersama abang ipar dia pun berminat sama. Tapak rumah lama dibelakang rumah akan dijadikan rumah cendawan baru. Bila rumah lama habis dibuka saiz yang boleh dibuat rumah cendawan adalah 20' x 30' boleh tahan jugak besarnya , semalam jugak saya berdua dibantu oleh anak buahnya menaikkan tiang tersebut. Sampai kepetang itu sahaja yang boleh kami buat sebelum saya balik ke KL semula kalau balik minggu depan mungkin banyak yang boleh di buat lagi.















Rabu, 2 Januari 2008

TAMBAHAN BUNGKAH

Hari cuti tahun baru. Rancangan untuk hari ini telah diatur, saya ke RASE untuk mengambil tempahan bungkah tambahan sebanyak 300bungkah. Pergi ambil sendiri bawak kereta coz jumlah yang agak kecil. Terima kasih pada En Yazid kerana sudi memberi khidmat nasihat serta pandangan sewaktu saya menunggu bungkah-bungkah disiapkan.




Sebahagian bungkah yang telah disusun diatas para. Yang belakang tu anak (Arissa) dengan sepupunya yang nak menolong.


Bungkah yang baru dikeluarkan dari kereta diletakan di foyer rumah sebelum disusun ke atas rak takut kalau terlalu lama didalam kereta yang panas boleh menyebabkan bungkah kering.





Yang berdua ni memang menolong tapi bila nak ambil gambar mesti nak begaya.










Abang (Alif) dan adik (Ammar) tak ketinggalan membantu mengangkat bungkah kedalam bilik .











Akhirnya siap juga saya menyusun kesemua bungkah yang baru dibeli tadi, jumlah keseluruhan 600 bungkah walaupun jumlahnya tidak seberapa mungkin ini satu pemulaan bagi saya. Terima Kasih pada Mama, Arissa, Puteri , Alif dan yang kecil si Ammar yang membantu.

Isnin, 31 Disember 2007

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Selamat tahun baru kepada semua warga malaysia yang bakal menjadikan tanaman cedawan tiram sebagai satu titik tolak untuk menjadikan ianya suatu perniagaan . Saya doakan anda semua akan beroleh kejayaan yang lebih dan menanam semangat yang berkobar-kobar untuk terus berjaya dari tahun sebelumnya.

Ahad, 30 Disember 2007

Hasil Tuaian Dari Kursus


Gambar hasil cendawan yang ketiga dari bungkah yang diberi semasa menghadiri kursus di RASE.